[email protected]
+6095130640
Utama
Tentang Kami
Cawangan
Galeri
Hubungi
Daftar Pelanggan
Login Sistem
MG Apps
MG Gold Trade
Daftar Akaun Keahlian Makmur Gold
Bahasa/Language:
Username
* cth: ali123
No K/P/Pasport
* No Kad Pengenalan/Pasport Tanpa Space/Ruang Atau Simbol -.
Nama Penuh
No Telefon
* No Telefon Tanpa Space/Ruang Atau Simbol -.
Email
Kata Laluan
Pengesahan Kata Laluan
Terma & Syarat
TERMA & SYARAT PENDAFTARAN Selamat Datang ke Ruangan Pendaftaran Pelanggan MG Coin oleh Makmur Gold. Dengan menggunakan ruangan ini, anda bersetuju untuk mematuhi dan mengikuti syarat tersebut. Sila rujuk syarat berikut dengan teliti. Terma “MG Coins” atau “MG” atau “kami” atau “kita” atau “semua” merujuk kepada Ko- Makmur dan Makmur Gold. Terma “anda” atau “usahawan” atau “pelanggan” merujuk kepada pengguna atau pelanggan atau orang yang melakukan pendaftaran. Berikut adalah terma dan syarat yang membawa anda kepada prosedur pendaftaran. BAHAGIAN A: PANDUAN PENDAFTARAN PENGGUNA SISTEM MG COIN (“Panduan Pendaftaran Pengguna”). 1. Anda mesti membuat pendaftaran dengan menggunakan Nombor Kad Pengenalan dan username sahaja. Pastikan maklumat seperti nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan alamat emel adalah betul sebelum menekan butang hantar. 2. Selepas melakukan pendaftaran, sila login ke sistem Pelanggan Makmur Gold bagi proses mengemaskini maklumat waris, nombor akaun bank, kata laluan dan nombor PIN keselamatan anda. 3. Anda diwajibkan untuk memasukkan kata laluan dan nombor PIN keselamatan bagi menyempurnakan pendaftaran akaun dan untuk memastikan keselamatan akaun MG Coin anda. 4. Jika anda berumur 18 tahun dan kebawah, ibu bapa atau penjaga anda perlu terikat kepada Terma dan Syarat ini bagi pihak anda. 5. Anda mesti memiliki keupayaan atau kuasa untuk mengikat kontrak dengan kami dan tidak dihalang daripada berbuat demikian mengikut sebarang undang-undang yang digunakan. 6. Anda juga mengaku bahawa pendaftaran maklumat yang anda serahkan kepada kami adalah benar, tepat dan lengkap serta anda bersetuju untuk mengekalkannya sedemikian pada setiap masa, sebarang kemaskini boleh dilakukan melalui sistem atau aplikasi Makmur Gold. Polisi & Privasi : Kami menghargai pelanggan serta privasi mereka. Semua maklumat peribadi yang digunakan adalah untuk memastikan kelancaran proses pendaftaran dan pembelian anda. Maklumat ini juga digunakan oleh kakitangan kami untuk menghubungi dan mengenal pasti pelanggan serta keperluan mereka. Kami tidak akan memberi, menjual, menyewa, atau meminjam apa sahaja maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga, melainkan kami diwajibkan untuk berbuat demikian atau anda membenarkan kami untuk melakukannya. BAHAGIAN B: PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM MG COIN (“Panduan Penggunaan”). Pembelian MG Coin Strata 1. Anda boleh membeli MG Coin dengan berat serendah 0.1gram, pada bila-bila masa. 2. Anda akan dikenakan caj RM1.00 untuk setiap transaksi yang dilakukan. 3. Harga yang dipaparkan di dalam sistem MG Coin adalah berdasarkan harga semasa emas 916, perubahan harga di dalam sistem akan berlaku setiap hari. 4. Anda boleh membuat semakan baki gram terkini akaun anda pada bila-bila masa. 5. Anda boleh download sijil digital pemilikan emas dan resit pembelian di sistem MG Coin. Pembelian MG Coin Fizikal 1. Anda boleh membeli MG Coin secara fizikal dengan berat serendah 0.5gram, di semua cawangan Kedai Emas Makmur Gold. 2. Penggunaan kad kredit atau kad debit yang dibenarkan adalah Kad Tempatan (Local Card) sahaja. 3. Jenis Kad Kredit/Debit yang dibenarkan adalah Visa dan MasterCard. 4. Penggunaan Kad Kredit Konvensional adalah tidak digalakkan, kami tidak menyokong sama sekali penggunaan kad kredit konvensional yang berunsurkan riba, namun pilihan ditangan pelanggan (Rujukan : https://e-muamalat.islam.gov.my/en/soalan-lazim/perbankan ) 5. Bagi setiap transaksi yang berjaya, anda akan menerima resit transaksi dan sijil pemilikan MG Coin yang sah. Jual (BuyBack) MG Coin Strata 1. Anda hanya boleh menjual MG Coin secara atas talian tanpa berat minima (dengan dua tempat titik perpuluhan). 2. Harga Sell (buyback) yang dipaparkan berdasarkan penentuan harga yang telah ditetapkan oleh Makmur Gold, harga yang dipaparkan di dalam sistem akan dikemaskini setiap hari. 3. Anda dinasihati menyemak maklumat peribadi, nombor telefon dan nombor akaun bank sebelum menekan butang “Setuju”. 4. Wang akan dikreditkan ke akaun bank anda dalam masa 24jam semasa waktu pejabat atau tidak lebih daripada tiga hari bekerja (tidak termasuk pada hujung minggu dan cuti umum) secara instant transfer. 5. Kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang kesalahan atau kerugian yang anda tanggung selepas butang “Setuju” di tekan. Trade in MG Coin Strata 1. Anda dibenarkan trade in MG Coin dengan berat serendah 0.5gram yang di miliki dengan barang kemas di mana-mana Kedai Emas Makmur Gold atau secara atas talian (marketplace). 2. MG Coin akan dinilai berdasarkan berat yang anda miliki dan boleh di trade in dengan barang kemas 916 mengunakan kaedah pro rata iaitu tukar berat dengan berat secara sama rata. 3. Anda bersetuju untuk membuat bayaran tambahan menggunakan online banking sekiranya baki MG Coin tidak mencukupi. 4. Kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang kesalahan atau kerugian yang anda tanggung selepas butang “Setuju” di tekan. Redeem MG Coin Strata 1. Anda dibenarkan redeem MG Coin dengan berat serendah 0.5gram yang di miliki dengan mana-mana pakej Redeem MG Coin yang ditawarkan di aplikasi atau website Makmur Gold. 2. MG Coin akan dinilai berdasarkan berat yang anda miliki dan redeem boleh dibuat berdasarkan nilai emas dalam gram yang telah ditetapkan untuk setiap pakej. 3. Butang redeem hanya boleh ditekan jika anda mempunyai baki MG Coin yang mencukupi untuk pakej-pakej yang dibenarkan sahaja. 5. Kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang kesalahan atau kerugian yang anda tanggung selepas butang “Setuju” di tekan. Transfer MG Coin Strata 1. Anda dibenarkan membuat pemindahan gram MG Coin milik anda ke akaun pelanggan Makmur Gold yang lain. 2. Anda perlu memastikan nombor akaun penerima atau nombor kad pengenalan atau nombor telefon dan jumlah gram yang ingin di pindahkan adalah betul sebelum menekan butang “Setuju”. 3. Kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang kesalahan atau kerugian yang anda tanggung selepas butang “Setuju” di tekan. Withdraw MG Coin 1. Anda dibenarkan membuat pengeluaran MG Coin dalam bentuk fizikal di mana-mana cawangan Kedai Emas Makmur Gold atau secara pos. 2. Anda boleh menggunakan wakil untuk mengambil MG Coin secara fizikal, Sila download dan lengkapkan maklumat borang wakil dan bawa ke Kedai Emas Makmur Gold. 3. Jika anda memilik pengeluaran secara pos, anda bersetuju untuk melantik Pihak Makmur Gold sebagai wakil untuk menerima dan menguruskan proses penghantaran bagi pihak anda. 4. Segala cas penghantaran akan ditanggung oleh anda. 5. Kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang kerosakan atau kehilangan selepas produk dihantar melalui pos atau di ambil oleh wakil, segala kerosakan atau kehilangan atas tanggungjawab sendiri. BAHAGIAN C: PANDUAN PENUTUPAN AKAUN/SISTEM MG COIN (“Panduan Penamatan”). Cara Penutupan Akaun Melalui Emel: 1. Bagi proses penutupan akaun/sistem MG Coin, harga yang ditetapkan adalah mengikut harga jual beli MG Coin. 2. Hantarkan emel terus ke mgcoins.komakmur@gmail.com 3. Pada subjek emel sila tulis Penamatan Akaun MG Coin 4. Sila beritahu kepada kami tujuan emel tersebut dihantar dan sertakan juga butiran seperti dibawah: • Nama Penuh Anda • Nombor Kad Pengenalan • Nombor Telefon berdaftar • Nombor Akaun Sistem MG Coin • Nombor Akaun Bank • Alamat Lengkap Cara Penutupan Akaun dengan Menghubungi Customer Service Center 1. Bagi proses penutupan akaun/sistem MG Coin, harga yang ditetapkan adalah mengikut harga jual beli MG Coin. 2. Anda boleh menghubungi customer service di talian 09-513 0640 untuk tujuan penutupan akaun MG Coin anda. 3. Sila beritahu tujuan anda menghubungi Customer Service dan bersedia untuk memberi maklumat yang diminta oleh pegawai khidmat pelanggan MG Coin, seperti berikut: • Nama Penuh Anda • Nombor Kad Pengenalan • Nombor Telefon berdaftar • Nombor Akaun Sistem MG Coin • Nombor Akaun Bank • Alamat Lengkap 4. Akaun MG Coin anda akan ditamatkan dalam tempoh 24 jam. Cara Penutupan Akaun melalui Sistem Makmur Gold 1. Bagi proses penutupan akaun/sistem MG Coin, harga yang ditetapkan adalah mengikut harga jual beli MG Coin. 2. Pelanggan boleh menutup akaun dengan menekan butang Terminate Akaun. Nota : Tiada caj bayaran dikenakan jika anda memohon penutupan akaun MG Coin, Pemohonan Penutupan Akaun dibenarkan berdasarkan situasi-situasi seperti berikut: Diarahkan oleh Pemilik Akaun / Penjaga yang Sah Pilihan Pemilik Pemilik Akaun telah meninggal dunia Pemilik Akaun tidak sah / hilang upaya kekal / nyanyuk / mempunyai masalah mental Diarahkan oleh Pihak Berkuasa (Mahkamah/Jabatan Insolvensi/PDRM/SPRM) BAHAGIAN D: PANDUAN TUNTUTAN DAN PENUTUPAN AKAUN MG COIN OLEH WARIS (“Panduan Tuntutan & Penamatan”). 1. Anda perlu mengemaskini maklumat waris dan memastikan maklumat waris adalah betul semasa proses pendaftaran akaun, maklumat waris boleh dikemaskini pada bila-bila masa. 2. Setiap permohonan tuntutan harta si mati boleh dibuat dalam borang khas yang boleh didapati di website/apps MG. (a) Bukti kematian seperti: (i) Salinan surat perakuan kematian/permit menguburkan; atau (ii) Perintah anggapan kematian yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi di bawah seksyen 108 Akta Keterangan 1950; atau (iii) Perintah anggapan kematian bagi orang Islam terpakai di bawah Akta/Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 2003; (b) Salinan dokumen bukti penuntut adalah waris yang sah kepada si mati / bukti bertulis yang menyatakan penuntut berhak membuat tuntut harta si mati; (c) Sekiranya pembahagian pusaka hendak dibuat mengikut Hukum Faraid, pemohon perlu mendapatkan Sijil Faraid daripada Mahkamah Syariah yang mempunyai bidang kuasa. 3. Mereka yang berhak memohon pembahagian pusaka adalah seperti yang berikut: (a) Waris-waris si mati suami atau isteri, anak lelaki atau perempuan, ibu atau bapa dan waris-waris lain yang berhak serta Majlis Agama Islam (Baitulmal jika tiada waris); (b) Pembeli di bawah surat perjanjian jual beli yang sah; (c) Pemegang Amanah (trustee); (d) Amanah Raya Berhad (terpakai apabila waris si mati membuat tuntutan melalui Amanah Raya Berhad). 4. Jangkaan masa minimum memproses sesuatu permohonan tuntutan yang tidak bermasalah ialah 5-7 hari bekerja. Bagi kes tuntutan yang tidak lengkap atau terdapat keraguan di dalam tuntutan, jangkaan masa memproses mungkin melebihi 7 hari bekerja. Untuk makluman Zakat Emas adalah tanggungjawab pemilik, kami tidak menyediakan perkhidmatan pembayaran zakat emas anda. Pelanggan dinasihati supaya sentiasa merujuk kepada terma dan syarat di dalam website. Kami boleh membuat perubahan pada Terma ini dari semasa ke semasa tanpa perlu memberi notis kepada anda. Jika anda tidak mahu meneruskan penggunaan Perkhidmatan dan Sistem MG Coin mengikut Terma yang dikemas kini, anda boleh menamatkan akaun anda dengan menghubungi kami. Tarikh berkuat kuasa yang ditetapkan di bahagian bawah dokumen ini menunjukkan kali terakhir Terma ini diubah. Tarikh Pindaan : 30/08/2022
Saya mengesahkan bahawa maklumat yang didaftarkan adalah maklumat diri saya yang benar dan bersetuju dengan semua terma dan syarat.
Balik